Terbaharu, Stellantis telah pun mengesahkan bahawa jenama Perancis Peugeot tidak akan kembali ke pasaran Amerika Syarikat bagi memberikan laluan kepada jenama Alfa Romeo.
Menurut laporan daripada Automotive News, Stellantis telah melantik Larry Dominique sebagai presiden jenama Alfa Romeo untuk Amerika Utara, di mana beliau sebelum ini dipertanggungjawabkan untuk membawa jenama Peugeot ke pasaran tersebut.
Dengan pelantikan tersebut, ini bermakna fokus Stellantis akan ditumpukan kepada jenama sedia ada di US, iaitu Alfa Romeo dan mengabaikan pelan untuk membawa masuk Peugeot.
Kumpulan PSA sebelum ini merancang untuk memperkenalkan jenama Peugeot di pasaran Amerika, dan dengan gabungan bersama FCA menjadikan kehadiran Stellantis lebih kuat untuk pasaran tersebut.
Jenama Alfa Romeo walaupun mencatatkan peningkatan jualan di Amerika Syarikat tahun lalu, peningkatan tersebut adalah terlalu kecil di mana permintaan terhadap model seperti sedan Giulia dan SUV Stelvio masih lagi rendah.
Sumber: Automotive News