Perkara itu diakui sendiri oleh ketua unit kejuruteraan dan teknologi Stellantis, Ned Curic semasa temubual bersama laman Autocar, baru-baru ini.
"Bateri (EV) masa kini adalah terlalu berat, dan kereta menjadi semakin berat. Kita tidak seharusnya undur ke belakang," jelasnya.

Stellantis percaya, mereka mampu untuk mengurangkan berat pek bateri pada kenderaan elektriknya sebanyak 50 peratus menjelang akhir dekad ni, dengan menampilkan teknologi termaju dan susunan sel yang lebih teratur.
Difahamkan, syarikat itu kini sedang membangunkan bateri lithium-sulpher yang bukan sahaja lebih ringan, malah kurang menggunakan bahan nadir bumi seperti bateri tradisional.
Bukan itu sahaja, Stellantis kini sedang meneroka potensi bateri sodium-ion yang kini sedang dibangunkan oleh CATL, di mana ia mampu menjadi alternatif yang lebih murah.
Sumber: Autocar