Stellantis rancang keluarkan pesawat eVTOL bersama Archer Aviation, jarak terbang 161 km

oleh Muhammad Md Tajudin|
Archer eVTOL
Archer eVTOL
Satu perkembangan menarik di dalam industri automotif dan penerbangan apabila Stellantis dan Archer Aviation mengumumkan perancangan untuk mengeluarkan pesawat berlepas dan mendarat secara vertikal elektrik (eVTOL).

Pengeluaran secara bersama pesawat yang dikenali sebagai Midnight itu dirancang untuk dimulakan pada 2024 di kilang yang baru sahaja diumumkan oleh Archer dan terletak di Covington, Georgia, Amerika Syarikat.

Penglibatan syarikat automotif di dalam eVTOL bukan baharu sebagai contoh Toyota, Porsche, Hyundai dan juga Geely - Daimler.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Archer Midnight 2022

 

eVTOL Midnight yang dibangunkan Archer mampu membawa empat penumpang termasuk seorang juruterbang dan mempunyai jarak terbang sehingga 100 batu (160.9 km).

Midnight dioptimumkan untuk penerbangan ulang alik jarak singkat sekitar 20 batu (32.1 km) dengan masa cas di dalam lingkungan sepuluh minit pada sela penerbangan.

Jarak itu memadai untuk digunakan sebagai pengangkutan dari satu lokasi ke lokasi atau dari pusat bandar ke pinggir bandar.

Kerjasama yang dijalin melibatkan kepakaran kedua-dua syarikat dengan Archer membawa kaki tangan berkelas dunia dalam bidang eVTOL, trenkuasa elektrik dan pakar pensijilan.

 

Archer Midnight 2022

 

Stellantis pula akan menyumbang di dalam bidang teknologi pengeluaran termaju, kaki tangan pakar dan berpengalaman dan juga modal.

Gabungan itu membolehkan pengeluaran pesawat dipercepatkan bagi memenuhi rancangan pengkomersialan Archer.

Ianya juga membolehkan Archer mengukuhkan laluan ke arah pengkomersialan dan mengelakkan perbelanjaan ratusan juga dolar dalam fasa pengembangan pengeluaran.

 

Archer Midnight 2022

 

Sebagai tanda komitmen, Stellantis akan menyediakan modal ekuiti sehingga AS$150 juta (RM658.2 juta) pada tahun 2023 dan 2024.

Penggunaan dana itu bergantung kepada beberapa pencapaian perniagaan Archer yang dijangka berlaku pada 2023.

Stellantis juga berhasrat untuk meningkatkan pegangan strategik melalui pembelian saham Archer pada masa depan melalui pasaran terbuka.

Langkah tersebut dan beberapa lagi perkara di dalam kerjasama akan membolehkan Stellantis menjadi pelabur utama (cornerstone investor) dan jangka masa panjang di dalam Archer. 

 

Archer Midnight 2022

 

Stellantis merupakan rakan strategik Archer sejak 2020 melalui pelbagai inisiatif kerjasama dan mula melabur pada 2021.

Di dalam tempoh itu, Archer memanfaatkan kepakaran luas Stellantis di dalam bidang pengeluaran, rantaian bekalan dan reka bentuk bagi mereka bentuk, membangunkan dan mengkomersialkan eVTOL.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Tindakan itu berlaku adalah untuk mengurangkan kos ketika pembuat kereta itu menghadapi cabaran…
Berita Global
Mungkin pada mulanya akan timbul kurang keyakinan dengan penggunaan platform yang sama dengan Dodge…
Berita Global
Terkini, konglomerat automotif yang memiliki 14 jenama, Stellantis dilapor akan membelanjakan USD6…