Ini kerana perubahan roda stereng yang terlalu futuristik itu menimbulkan lebih banyak persoalan berkenaan tahap keselamatan dan praktikaliti walaupun kebanyakan pengguna Tesla lebih gemar menggunakan mod pemanduan Autopilot daripada memegang sendiri roda stereng tersebut.
Memetik laporan daripada Motor1, laman web automotif tersebut menghubungi sendiri agensi keselamatan National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) dan respon yang diterima agak menarik.
Wakil NHTSA memberikan jawapan yang ringkas, "pada ketika ini pihak kami (NHTSA) tidak dapat menentukan sama ada roda stereng tersebut memenuhi piawaian Federal Motor Vehicle Safety Standards. Kami akan menghubungi pihak Tesla untuk maklumat lanjut."
Apa pendapat anda? Adakah rekaan stereng ala-ala jet pejuang ini boleh diterima pakai?
Sumber: Motor1