Sultan Johor pemilik nombor plat "FF1", bernilai RM1.2 juta

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencipta sejarah selepas memperoleh nombor plat 'FF1' dengan nilai RM1.2 juta, menjadikan 'FF1' sebagai nombor plat paling mahal pernah dikeluarkan di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semalam, Sultan Ibrahim berkenan mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, yang menyampaikan nombor plat bernilai RM1.2 juta itu kepadanya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Sultan Ibrahim di laman Instagram rasmi miliknya, sementara Anthony Loke berkongsi di laman Fabebook yang menyatakan bahawa Sultan Ibrahim bersetuju untuk membayar RM1.2 juta bagi nombor plat "FF1".

Pada hujung bulan Mei, bidaan nombor plat siri "FF" telah merekodkan pembidaan dan hasil kutipan keseluruhan sebanyak RM34,296,327, tertinggi dalam sejarah JPJeBid.

Melalui bidaan yang dibuka kepada orang awam itu, FF8 merupakan Nombor Pendaftaran Kenderaan yang telah dibida dengan harga paling tinggi, dimana ia mencatatkan nilai RM950,000.

Ia diikuti oleh FF9 ditempat kedua dengan nilai RM911,999, FF3 ditempat ketiga dengan nilai RM639,000, FF2 ditempat keempat dengan nilai RM638,000 dan FF7 ditempat kelima dengan nilai RM633,000.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta di mana kerajaan membayar…
Berita Domestik
  "Saya berharap peruntukan khas bagi pembaikan jalan persekutuan iaitu Lebuhraya Pasir Gudang dan…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, Sultan Ibrahim berkenan menggerakkan tiga aset milik baginda iaitu ‘air…