Suzuki GSX-8S rasmi untuk pasaran Malaysia - Sport naked serba baharu, harga dari RM50,800

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Suzuki Malaysia sebentar tadi turut melancarkan satu lagi model serba baharu iaitu Suzuki GSX-8S pada harga bermula dari RM50,800 untuk 50 unit pertama, dan akan meningkat sekitar 5 hingga 10 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti V-Strom 800DE, GSX-8S turut didedahkan pertama kali pada acara EICMA 2022 di Milan, dimana ia kini menjadi ahli baharu dalam keluarga GSX-S.

Jentera sport naked itu menampilkan rupa yang agak berbeza berbanding model-model Suzuki terdahulu, dimana rekaannya yang agresif disesuaikan dengan prestasi dihasilkan.

Seperti nadi V-Strom 800DE, GSX-8S turut dikuasakan enjin 776 cc dua silinder selari yang menghasilkan 83 HP dan 77.2 Nm, dimana ia menampilkan sistem Suzuki Cross Balancer System bersama aci engkol 270 darjah.

 

2

 

GSX-8S juga dilengkapi dengan rim aloi 17 inci rekaan serba baharu, bersama angkup brek Twin Nissin 4 piston dan cakera bersama cakera bersaiz 310 mm.

Merendahkan lagi pusat graviti, ia turut didatangkan dengan rekaan mufler ekzos pendek.

Bergerak mengikut arus masa, GSX-8S juga menggunakan meter TFT berwarna 5 inci yang menampilkan tetapan dan maklumat penting semasa menunggang.

Hadir sebagai model sport naked, GSX-8S turut didatangkan dengan Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S) merangkumi pelbagai jenis bantuan elektronik.

Antara ciri sistem S.I.R.S pada GSX-8S ialah:

  • Suzuki Traction Control System (STCS)
  • Bi-directional Quick Shift System
  • Low RPM Assist
  • Suzuki Easy Start System

Untuk pasaran Malaysia, Suzuki GSX-8S ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Pearl Cosmic Blue, Pearl Tech White dan Metallic Mat Black No. 2.

Dengan harga bermula dari RM50,800 Suzuki Malaysia turut menawarkan waranti 2 tahun atau 20,000 km, dan akan tersedia di seluruh bilik pameran Suzuki Big Bike World seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
GSX-8R merupakan versi sportbike bagi GSX-8S yang juga telah didedahkan pada acara EICMA 2022, jadi…
Berita Global
Identiti V-Strom mudah dikenali dengan kehadiran muncung paruh yang diposisikan lebih tinggi,…
Berita Global
Dari jauh, ia mungkin sekali kelihatan seperti Suzuki Katana, namun jentera naked ini datang dengan…