Suzuki Malaysia bakal lancar model GSX-R dalam masa terdekat

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pengumuman kembali beroperasi pada minggu lalu, Suzuki Malaysia Sdn Bhd menerusi laman Facebook mereka membawakan satu lagi kejutan buat rakyat Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejutan yang dimaksudkan itu adalah pengenalan model sportsbike baharu yang dijangka bakal didedahkan tidak lama lagi, iaitu GSX-R.

Namun, ia terhenti setakat itu memandangkan tiada sebarang petanda model yang manakah bakal dilancarkan, ini kerana Suzuki GSX-R itu sendiri merangkumi pelbagai jenis varian dan sesaran enjin.

Berdasarkan pembacaan di ruangan komen Facebook Suzuki Malaysia, jelas majoriti mengharapkan pihak Suzuki membawa masuk model yang lebih mesra poket (mampu milik), sesuai dengan keadaan semasa.

 


Antara model yang dimaksudkan itu berkemungkinan besar adalah Suzuki GSX-R 150 cc yang dilancarkan di negara jiran Indonesia, dengan nadi silinder tunggal bersesaran 147.3 cc yang menghasilkan 19 hp dan lengkap dengan ciri seperti keyless ignition system, paparan LCD, lampu amaran dan ABS.

Sebagai rujukan, harga jualan di Indonesia bermula dari Rp30,600,000 (RM8,591) sehingga Rp 34,600,000 (RM9,714) untuk model yang dilengkapi dengan ciri ABS.

Selain daripada GSX-R150, model bertaraf mercu seperti GSX-R1000R tidak harus dilupakan, memandangkan model tersebut dilancarkan baru-baru ini sebagai meraikan ulang tahun yang ke-100 syarikat Suzuki.

 


Suzuki GSX-R1000R dikuasakan oleh enjin 999.8 cc inline four yang menghasilkan 185 kuasa kuda dan 117 Nm, suspensi Showa depan dan belakang, sistem brek Brembo empat omboh depan, dan ABS dua saluran.

Tidak cukup dengan itu, ia juga dihiasi dengan liveri klasik yang diinspirasikan daripada jentera lumba era 1960-an.

Jadi, model yang manakah bakal dibawa masuk oleh Suzuki Malaysia? Tungguu..

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sama seperti Avenis, Burgman Street EX turut dikuasakan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang…
Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Domestik
Ia berikutan tiga model Suzuki di pasaran India, iaitu GIXXER 250, GIXXER SF250 dan V-Strom SX 250…