Suzuki Raider R150 Fi 2022 - harga jualan dari RM8,xxx

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini Suzuki Malaysia telah pun mendedahkan harga jualan anggaran bagi dua buah model motosikal bersesaran 150 cc, iaitu GSX R150 dan GSX-S150.

Model ketiga bersesaran 150 cc yang bakal dilancarkan oleh Suzuki Malaysia nampaknya merupakan Suzuki Belang, namun ia telah diberikan nama Raider R150 Fi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam hantaran terbaharu di laman FB, Suzuki Malaysia telah membuka tempahan bagi model Raider R150 Fi ini dengan harga jualan dianggarkan bermula dari RM8,xxx.00.

 


Mengikut spesifikasi, Raider R150 Fi ini dikuasakan oleh nadi silinder tunggal empat lejang 147.3 cc yang mampu menghasilkan 18.2 hp @ 10,000 rpm, daya kilas 13.8 Nm @ 8,500 rpm, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Dengan bantuan sistem pancitan bahan api dan kapasiti tangki sebesar empat liter, Raider R150 Fi ini mampu mencapai penggunaan bahan api sekitar 50 km/liter (atau 2 liter untuk setiap 100 km).

Lebih banyak info bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi tiga model 150 cc kelak.

Baca: Suzuki dedah harga jualan GSX-R150, GSX-S150

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sama seperti Avenis, Burgman Street EX turut dikuasakan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang…
Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Domestik
Ia berikutan tiga model Suzuki di pasaran India, iaitu GIXXER 250, GIXXER SF250 dan V-Strom SX 250…