Suzuki UK telah melancarkan edisi khas kepada supermini Suzuki Swift yang digelar sebagai Swift Attitude.
Ia dibangunkan menggunakan model daripada varian asas SZ3 di sana.
Jika dibandingkan dengan varian tersebut, varian Attitute ini mempunyai atitud yang tersendiri, seperti penambahan tinted privasi di ruang penumpang belakang, lampu nyalaan siang (DRL) LED, stereng balutan kulit, serta sistem audio dengan sambungan Bluetooth.
Manakala bahagian luarannya pula dilengkapi dengan kit badan, skirt sisi dan belakang, efek gentian karbon, gril hadapan dengan trim krom sebelum diakhiri dengan rim aloi bersaiz 16 inci.
Seperti yang anda jangkakan, varian Attitude ini hanya didatangkan dalam versi manual lima nisbah kelajuan sahaja bagi menyalurkan kuasa 89 hp daripada enjin Dualjet 1.2 liter.