Syarikat EV China tawar tempat tidur, dapur dan dron untuk tingkat jualan

oleh Firdaus Razani|
Jika di China, sebuah kenderaan elektrik (EV) dengan peti sejuk atau sistem karaoke di dalam kereta diangga[ sebagai passé ataupun digelar ketinggalan zaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebaliknya, pembuat kereta beralih kepada alat tambah baharu seperti katil hingga ke atas dapur untuk meningkatkan jualan EV yang kini semakin perlahan.

Pembuat EV terkemuka menghadapi kelembapan dalam permintaan di dalam negeri apabila pengguna mengekang perbelanjaan, sama seperti ketegangan geopolitik dengan ekonomi Barat utama menyelubungi prospek eksport.

 

ev

 

Sementara itu, bagi jenama kecil, keupayaan untuk berfikir secara kreatif adalah teras kepada kelangsungan hidup mereka, dengan industri yang sukar dijangka ketika ini.

Mereka perlu bersedia untuk gelombang penyatuan yang berkemungkinan besar apabila China berusaha untuk mengekang lebihan yang ditinggalkan oleh subsidi yang besar sebelum ini.

Tawaran berteknologi tinggi itu juga menyerlahkan risiko bagi pengeluar Barat sekiranya mereka ketinggalan lebih jauh dalam mengukir bahagian pasaran dalam pasaran kereta terbesar dunia.

 

ev

 

Kenderaan buatan China dilihat oleh pelanggan tempatan sebagai lebih sesuai dengan permintaan teknologi yang meluas dan keutamaan mereka untuk tahap ketersambungan yang tinggi.

Berikut merupakan beberapa tawaran luar biasa yang kini tersedia di China:

 

  1. Kit Tidur

Hanya satu klik pada paparan dalam kereta di Xpeng's G9, sebuah SUV dengan harga bermula pada RM171,967 akan bertukar menjadi katil yang boleh memuatkan dua orang dengan selesa.

 

ev

 

Syarikat itu sedang mencari untuk mengambil bahagian dalam budaya perkhemahan China yang semakin popular, ia mungkin terbukti popular bagi mengharungi waktu pejabat negara yang terkenal melelahkan dan mencari tempat untuk berehat.

 

 

  1. Dapur

Rox Motor Tech, pembuat vakum robot, yang ingin memenangi pencinta aktiviti outdoor dengan model pertamanya, Polestones 01, yang terdapat dapur gaya perkhemahan yang dipasang di belakang dengan periuk induksi dan dispenser air.

 

ev

 

Ia juga mempunyai kanopi matahari yang melekat pada bumbung, yang menurut pembuat kereta itu boleh dipasang, atau diturunkan dan disimpan, dalam beberapa minit. Kereta itu berharga RM228,000.

 

ev

 

  1. Drone

Pengeluar EV terbesar di dunia,BYD Co kini sedang mencari idea untuk menjadikan Yangwang U8 premiumnya bernilai RM715,000 lebih menarik untuk peminat teknologi.

 

ev

 

Perkongsiannya dengan gergasi dron, DJI yang membolehkan sebuah dron kecil dilancarkan dari dan mendarat pada sarung yang dipasang ke bumbung dan juga boleh terbang kembali ke dok sebaik sahaja kereta itu sampai ke destinasi terakhirnya.

 

 

Drone diprogramkan untuk mengikuti laluan kereta dan menangkap imej definisi tinggi serta membolehkan pemandu mendapatkan pandangan udara masa nyata di sekeliling mereka.

Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, setiap jenama pasti berlumba-lumba untuk menjadikan produk mereka didatangkan dengan sebuah idea atau inovasi yang tidak terfikir dek akal.

Oleh itu, pada era kini, setiap orang tidak perlu letak had pada imaginasi, pasti akan ada suatu idea yang dapat direalisasikan tanpa sedar ia merupakan sebuah inovasi.

 

Laporan dan bacaan penuh di TheEdgeMalaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…