Syarikat p-hailing janji lebih telus tentukan upah penghantar

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Kosmo
Syarikat pengendali p-hailing telah memberikan komitmen untuk lebih telus, meneliti dan memperhalusi lebih lanjut pandangan golongan penghantar dalam penentuan dan pengiraan kadar upah bagi mereka, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Anwar berkata komitmen itu disuarakan menerusi satu pertemuan dengan 24 syarikat pengendali perkhidmatan berkenaan, yang turut dihadiri lima wakil penghantar yang hadir bagi menyatakan pandangan dan mendengar maklum balas pihak syarikat.

“Penelitian lanjut ini penting, bahawa dalam menambah baik kadar upah penghantar, kepentingan pengguna khususnya di kawasan luar bandar harus kekal diutamakan agar tidak terbeban di samping turut mengambil kira keupayaan syarikat,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 22 Julai lepas, Anwar menyatakan dia akan memanggil semua syarikat pengendali p-hailing bagi memberikan penjelasan terhadap beberapa isu dihadapi penghantar makanan dan barang.

Ini selepas salah seorang penghantar makanan ketika program Sesi Temu Anwar sempena Program Himpunan Rider Madani Selangor mendakwa kadar penghantaran ketika ini semakin menurun daripada RM7 ke bawah, sekali gus mengurangkan pendapatan mereka.

Anwar berkata setelah mendengar pandangan kedua-dua belah pihak hari ini, kerajaan perpaduan bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi inisiatif dan latihan peningkatan kemahiran (upskilling) yang diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia.

Perdana menteri berkata selain menyampaikan keluhan penghantar berkait isu kadar upah penghantaran, pertemuan berkenaan turut berkisar tentang pendapatan penghantar, jaringan keselamatan sosial serta keperluan latihan peningkatan kemahiran.

“Saya telah menyampaikan keluhan penghantar terkait dengan isu kadar upah penghantaran. Saya turut mendengar pandangan dan aduan daripada syarikat pengendali yang beroperasi di luar Lembah Klang yang tertumpu kepada perkhidmatan di luar bandar,” katanya.

Turut hadir dalam pertemuan berkenaan ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Sumber Manusia V Sivakumar serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian yang berlaku…
Berita Domestik
Menurut laporan Astro Awani (yang dipetik daripada Bernama), JPJ juga memaklumkan langkah tersebut…