Di Jepun, sedan RLX ini lebih dikenali dengan nama Honda Legend, di mana suatu ketika dahulu ia dikenali kerana membawakan konfigurasi enjin menegak, akan tetapi memacu roda hadapan.
Antara sebab kenapa model sedan ini dihentikan penjualannya adalah kerana kurang mendapat sambutan di negara Amerika Syarikat, iaitu 179 unit sahaja untuk suku pertama tahun ini.
Lebih menyedihkan apabila sedan Acura ini kalah dari segi angka kepada model McLaren Super Series (720S, 765LT) yang terjual sebanyak 220 unit untuk tempoh yang sama.
Dalam satu kenyataan, Acura telah pun menghantar notifikasi kepada para pengedar untuk menghentikan penjualan sedan RLX di Amerika Utara, dan memfokuskan kepada model-model yang lebih mendatangkan keuntungan seperti crossover RDX dan MDX, serta sedan berprestasi tinggi Acura TLX.
Dengan berakhirnya model TLX, ia merupakan model kelima Acura yang sempat dijual untuk satu generasi sahaja, seperti model Vigor (1992-1994), SLX (1996-1999), RSX (2002-2006) dan Acura CSX (2006-2012).
Ini bermakna, takhta sedan bertaraf mercu dari Acura kini dipegang oleh model sedan Acura TLX 2021.