Sepanjang tempoh ini, EMOS mengambil peluang memerhati, mempelajari dan menyesuaikan sepenuhnya operasi perniagaan rakan kongsi teknikalnya, Kawasaki Motors Ltd bagi memastikan pemindahan pengetahuan sebanyak mungkin.
KMC kini memiliki 30 peratas ekuiti dalam MODENAS bersama DRB-HICOM Berhad sebagai pemegang saham majoriti.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, "pemilik motosikal Kawasaki tidak perlu bimbang di bawah pengurusan baharu di mana tahap unggul produk dan perkhidmatan pelanggan akan dikekalkan.
"Rancangan kami termasuk juga untuk memperluaskan operasi, membangun, mengeluar dan menjual motosikal Kawasaki untuk peminatnya, selain memperkenalkan model terbaharu Kawasaki dan melancarkan bilik pameran eksklusif Kawasaki secara berperingkat," ujarnya lagi.
Dengan berakhirnya tempoh peralihan pada 31 Mac lalu, MODENAS akan mula memasang model-model Kawasaki terpilih dan dalam masa yang sama mengimport model bersesaran besar untuk memenuhi pasaran yang lebih luas.
MODENAS dan Kawasaki mempunyai sejarah yang panjang bersama sejak kolaborasi pertama dalam menghasilkan model ikonik Modenas Kriss yang pertama tahun 1996.
Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS, Yusaku Kashiwagi berkata, "Bersama MODENAS, kami yakin produk Kawasaki yang akan dibangunkan dan diedarkan dapat memberikan pengalaman tunggangan yang hebat buat para pelanggan kami di Malaysia.
"Ia sentiasa menjadi misi terbesar kami untuk memenuhi kepuasan pelanggan kerana setiap produk kami mewakili intipati jenama Kawasaki. Jangan hilangkan semangat Kawasaki dan "Let The Good Times Roll"," tambahnya lagi.
Sebagai pengedar eksklusif, EMOS bukan sahaja akan menjual motosikal Kawasaki, malah akan turut mengedarkan alat ganti serta aksesori di Malaysia, selain menyediakan perkhidmatan pelanggan yang meliputi aspek teknikal dan isu panggil semula (recall).
Senarai pengedar sah Kawasaki boleh dirujuk pada jadual di bawah:
No |
Pengedar |
Alamat |
No. Tel. |
UTARA |
|||
1 |
Bikers Gallery Sdn. Bhd. |
NO. 380, Jalan Raja, Alor Setar 05000 KEDAH |
04-7206666 04-7206668 |
2 |
EL Chong Motor Trading Sdn Bhd |
37, Taman Seruling Emas 14200 Sungai Bakap SPS P.PINANG |
04-5822489 |
3 |
Sheng Fatt Motor Sdn Bhd |
No.24, Jalan Dato Keramat, 10150 Georgetown, P.PINANG |
04-2278932 04-2280932 |
PANTAI TIMUR |
|||
4 |
Kk Superbike Sdn. Bhd. |
No.103 & 104, Jalan Tan Sri Yahya, 28000 Temerloh PAHANG |
09-2961272 09-2968211 |
TENGAH |
|||
5 |
Eang Chun Motor Sdn Bhd |
No. 69, 71, 73 & 75, Jln Genting Klang, Setapak 53300 KUALA LUMPUR |
03-40234790 |
6 |
Serdang Motorcycle Sdn Bhd |
Jalan 18/2a, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, SELANGOR |
03-89489057 |
7 |
Seri Gading Enterprise Sdn Bhd |
No. 10 GF, Jalan Keluli Ak7/AK, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, SELANGOR |
03-33448912 03-33446912 |
8 |
Chear Motor (Shah Alam) Sdn. Bhd. |
No. 42A, Jalan 15/22, Taman Perindustrian Tiong Nam, Seksyen 15, 40200, Shah Alam, Selangor |
012-6989351 03-58889669 |
9 |
Soon Heng Bikers Sdn Bhd |
No. 103, Jalan 1 Taman Suntex, Pekan Batu 9, Cheras, 43200 Kajang, SELANGOR |
03-90758464 03-90754464 |
SELATAN |
|||
10 |
Zong Heng Motors Sdn Bhd |
No: 13-C, Sin Hoe Garden, Bukit Baru,75150 MELAKA |
06-2829623 06-2871549 |
11 |
BZ TOP Automobile Service |
No.6, 8 & 10, Jalan Durian Daun, 75400 MELAKA |
06-2833731 06-2818595 |
12 |
Qbee Superbike Centre Sdn Bhd |
No. 6, Jalan Tiong Emas 3, Kawasan Perindustrian Tiong Nam, 81100 Johor Bahru, JOHOR |
07-3614221 |
MALAYSIA TIMUR |
|||
13 |
Ghee Hua Co. Sdn Bhd |
Lot 66, Section 15, KTLD, Jalan Green, 93250 Kucing, SARAWAK |
082-418218 082-419218 |
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada talian Whatsapp Kawasaki Careline di +6019-570 8135.