Tambang feri percuma untuk pejalan kaki

oleh SALINA JALIL|
Pejalan kaki yang menggunakan perkhidmatan feri akan diberikan tambang percuma selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Januari hadapan.


Menurut kenyataan dikeluarkan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), ahli kumpulan MMC memaklumkan bahawa tambang percuma itu diberikan hasil perbincangan bersama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam pada itu, kenyataan berkenaan juga menyebut bahawa selain membawa penumpang pejalan kaki, perkhidmatan feri pada tahun hadapan juga turut disediakan untuk penumpang motosikal dan basikal.

 

PPSB komited untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan feri yang boleh dipercayai untuk kegunaan orang ramai. Sebarang maklumat terkini berhubung perkhidmatan feri akan dikemaskini dan dikongsikan melalui laman web rasmi PPSB.

 

Mulai 1 Januari ini, bot penumpang laju akan menggantikan perkhidmatan feri bagi menghubungkan penumpang antara pulau dan Perai seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).

 

Feri sedia ada juga hanya digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula tarikh sama sekali gus berakhirnya perkhidmatan feri ikonik untuk kenderaan empat roda di Pulau Pinang.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Video yang dikongsi Facebook itu memaparkan seorang pejalan kaki dilanggar oleh sebuah motosikal…
Informasi
Penutupan sementara jalan bagi semua kenderaan itu ekoran pelaksanaan kerja pemasangan rasuk…
Berita Global
  Kejadian berlaku berdekatan dengan pusat transit gelandangan yang menempatkan kumpulan migran.…