Namun dalam berita terbaharu yang dilaporkan oleh The Edge, Tan Chong Motor Holdings menjelaskan bahawa bil bernilai RM180.1 juta itu bakal diselesaikan di luar mahkamah, dengan nilai yang telah dikurangkan kepada RM109 juta.
Nilai tersebut walau bagaimanapun akan dibayar secara ansuran selama 36 bulan, melibatkan pembayaran bernilai RM10.81 juta sebelum 20 April tahun ini, dan baki RM97.26 juta akan dibayar secara ansuran sebanyak RM2.7 juta sebulan bermula Mei 2021 hingga April 2024.
Ini bermakna, Tan Chong perlu membayar sejumlah RM8.1 juta setiap suku tahun dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menyelesaikan bil tersebut.
TCMA mula beroperasi pada 1976 dengan kilang pemasangan pertamanya di Segambut, Kuala Lumpur sebelum membangunkan fasiliti di Serendah, Selangor pada 2007.
Dengan beroperasi lebih 40 tahun, TCMA mengeluarkan lebih satu juta kenderaan pelbagai jenis termasuk kenderaan penumpang dan komersial seperti Nissan, Renault, Subaru, Mitsubishi, UD Trucks, Foton dan trak Bison.
Sumber: The Edge