Tawaran diskaun: JPJ Kelantan kutip RM75,273 dalam masa 10 hari

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengutip RM75,273 hasil daripada bayaran kompaun dalam tempoh 10 hari tawaran diskaun sebanyak 70 peratus bermula 17 Ogos hingga 26 Ogos lalu.



Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pembayaran kompaun dengan diskaun berkenaan masih dibuka kepada orang awam di seluruh negara sehingga 16 September ini.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, pengguna boleh mengambil peluang membayar kompaun dengan diskaun bagi semua kesalahan seperti yang disenaraikan mengikut Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003.

 


“Diskaun ini ditawarkan kepada semua kompaun kecuali kes-kes yang didaftarkan di mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap.

 

“Tawaran juga diberikan kepada pemilik kenderaan warga negara asing kecuali kes yang sudah dirujuk okeh JPJ kepada pihak berkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad.

 

Beliau sebelum itu menerima kunjungan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menggunakan perkhidmatan kios layan diri di JPJ Panji bagi membuat salinan Kad Perakuan Kenderaan (VOC) milik Timbalan Menteri itu sendiri.
 

 

Ujar beliau, pihaknya menerima maklum balas positif daripada Mohd Amar yang amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak JPJ.

 

“Proses VOC atau urusan-urusan lain yang berkaitan tidak mengambil masa yang lama.

 

“Beliau juga turut meninjau keadaan semasa perjalanan operasi kaunter di JPJ negeri Kelantan yang lancar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, hasil semakan pada laman web rasmi juga mendapati terdapat sehingga 20 permohonan sejak…
Berita Domestik
  Menurutnya, kesalahan dikesan lebih muatan itu dikesan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan…
Berita Domestik
  Menurut beliau, sebuah syarikat sudah dikesan menjual sehingga 10 kenderaan dan tiada pertukaran…