Triton serba baharu datang dengan rekaan keseluruhan serba baharu dan dinaik taraf dengan ketara dari semua aspek.
Jentera rali Triton, yang juga telah diubah suai selaras dengan piawaian AXCR, menawarkan prestasi yang lebih hebat berbanding jentera rali tahun lepas, sekaligus meningkatkan ketahanan dan kebolehpercayaannya
Jentera rali Triton sememangnya telah mempunyai reputasi yang kukuh, menampilkan serta pengendalian sporty dan stabil.
Ia turut menampilkan prestasi pemanduan yang berkuasa dan responsif merentasi julat kelajuan penuh, dan keupayaan untuk menangani keadaan jalan yang sukar seperti jalan berlumpur.
Diasaskan dari model double cab spesifikasi Thailand, jentera rali Triton itu telah diubah suai mengikut sekatan Group T1 FIA.
Ianya didatangkan dengan roll cage dan pelindung bampar, termasuk beberapa komponen yang diperbuat dari gentian karbon seperti hud, pintu depan dan belakang, serta bed kargo.
Walaupun saiznya lebih besar berbanding jentera terdahulu, pengurangan berat yang besar dibantu oleh komponen dalaman lebih ringan, memberikan berat badan setara dengan jentera terdahulu.
Tetapan suspensi pula menggunakan penyerap hentak jenis CUSCO di depan dan belakang yang direka khusus untuk kegunaan rali.
Membantu lagi prestasi kendalian dan kestabilannya, ia turut dilengkapi dengan karbeda (differential) LSD jenis CUSCO di depan dan belakang.
Jentera rali Triton baharu itu turut menerima rim aluminium ringan WORK bersaiz 17 inci untuk meningkatkan kendalian di atas permukaan jalan berlumpur.
Dari segi kuasa, Triton rali itu menggunakan nadi 4N16 2.4L MIVEC turbo diesel baharu yang telah ditala bersama pengecas turbo baharu, di mana ia kini menghasilkan 201 HP dan 470 Nm.
Team Mitsubishi RALLIART akan bersaing dalam AXCR 2023 bersama tiga jentera Triton yang dipandu oleh Chayapon Yotha (Thailand), Rifat Sungkar (Indonesia) dan Katsuhiko Taguchi (Jepun).