Team Mitsubishi Ralliart rangkul tempat ketiga AXCR 2023

oleh Mohamad Hanif|
Team Mitsubishi Ralliart telah berjaya meraih tempat ketiga secara keseluruhan di dalam acara Asia Cross Country Rally yang berlangsung 13 hingga 19 Ogos baru-baru ini di Thailand dan Laos.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesemua tiga unit trak prototaip Triton T1 itu berjaya melepasi garis penamat setelah menempuh jarak perjalanan sejauh 2,033.42 km, termasuklah seksyen Special Stages (SS) sejauh 973.98 km.

Tempat ketiga disandang oleh bekas juara AXCR Chayapon Yotha manakala pelumba Katsuhiko Taguchi yang pertama kali menyertai AXCR menduduki tempat kelapan, diikut Rifat Sungkar di tempat ke-32.
 

Triton


Selain daripada itu, Team Mitsubishi Ralliart telah memenangi Team Award yang dianugerahkan kepada pasukan yang mempunyai lebih daripada dua penyertaan dan berjaya menghabiskan rali berdasarkan jumlah masa yang dicatatkan oleh dua penyertaan teratas.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi acara Asia Cross Country Rally 2023:

1st  Takuma Aoki (Toyota Fortuner)                      11:46:22
2nd Tubagus Moerinsyahdi (Toyota Fortuner)      11:50:50
3rd  Chayapon Yotha (Mitsubishi Triton)               12:00:40
4th  Raz Yehoshua Heymann (Segal Segal)         13:10:40
5th  Pittiphon Promchotikul (Toyota Hilux REVO) 13:30:59
6th  Mana Pornsiricherd (Toyota Hilux)                 13:33:25
8th  Katsuhiko Taguchi (Mitsubishi Triton)             13:49:31
32nd Rifat Sungkar (Mitsubishi Triton)                   30:22:29

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Jentera sokongan Delica D:5 Ralliart memanfaatkan semua ciri yang telah ditawarkan standard…
Sukan Bermotor
Triton serba baharu datang dengan rekaan keseluruhan serba baharu dan dinaik taraf dengan ketara…
Sukan Bermotor
Tiga unit Triton spesifikasi rali (Group T1) akan menunjukkan keupayaan sebenar jentera tersebut…