Tempah Spectre sekarang, tahun 2025 baru dapat - CEO Rolls-Royce

oleh Mohamad Hanif|
Rolls-Royce Spectre telah pun diperlihatkan secara rasmi pada bulan Oktober tahun lepas, dengan trenkuasa elektrik sepenuhnya dan jarak gerak yang mampu mencecah 500 km untuk sekali cas penuh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti model yang lain, Spectre juga akan mula diproduksi pada September ini dengan menggunakan tenaga tangan di kilang Goodwood, England dan proses pemasangan secara  keseluruhan dijangka memakan masa 12 hingga 15 bulan.

Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap mana-mana EV, CEO Rolls-Royce Torsten Müller-Ötvös dilapor mahu memendekkan lagi tempoh tersebut.
 

spectre


"Jika anda menempah (Spectre) sekarang, anda mungkin akan menerimanya pada tahun 2025," jelasnya kepada laman InsideEVs.

"Di dalam segmen mewah, pelanggan tidak menghargai tempoh menunggu melebihi dua, tiga, empat atau lima tahun. Atau kenyataan berbunyi, 'kami telah habis menjual semua model sebelum sempat kereta menjejak tanah,' atau apa-apa sahaja alasan.

"Saya fikir ia adalah berkenaan perancangan pengeluaran yang tidak berkesan, tidak ada yang lain," ujarnya lagi.
 

EX


Bercakap soal jarak gerak, Müller-Ötvös turut mengambil kira maklum balas daripada pelanggan Rolls-Royce menerusi model konsep 102EX dan 103EX yang diperlihatkan sebelum ini.

"Kami belajar banyak berkenaan aspek jarak gerak, serta tempoh pengecasan. Jelas sekali kita tidak perlu menjadi nombor satu dengan jarak gerak yang jauh, akan tetapi jarak gerak 500 km sudah lebih daripada mencukupi.

Baca: Rolls-Royce Spectre - EV mewah dengan jarak gerak 520 km

Sumber: InsideEVs

Berita Berkenaan

Berita Global
  Cullinan II masih lagi Cullinan yang dikenali, badan berkotak, gah dan sebuah Rolls-Royce.…
Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…