Tempahan smart #1 2023 dibuka - tiga varian, jarak gerak 440 km, harga anggaran RM200k-RM250k

oleh Mohamad Hanif|
smart Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan sesi tempahan bagi model smart #1 untuk pasaran Malaysia, menjelang pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada suku keempat tahun ini.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Para pelanggan boleh menempah smart #1 menerusi aplikasi Hello smart App, dengan yuran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan semula.
 

smart


501 orang pelanggan yang terawal akan menerima tawaran eksklusif berupa kredit pengecasan bernilai RM1,001 yang akan dikreditkan selepas smart #1 dihantar kepada mereka.

Terdapat tiga varian yang ditawarkan, iaitu Pro, Premium dan versi prestasi tinggi Brabus.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas setiap varian:
 

smart #1 Pro

smart


• Motor elektrik tunggal, pacuan roda belakang
• 268 hp, 343 Nm
• Pecutan 0-100 km/j 6.7 saat
• Pek bateri LFP 49 kWh
• Jarak gerak 315 km (data WLTP)
• Rim aloi 19 inci seretan rendah
• Bumbung Halo Panoramik
• Pilihan warna Digital White, Laser Red, Cyber Silver, Quantum Blue, Future Green
• Kemasan trim dalaman After Dark

smart #1 Premium

premium


tambahan ciri di atas
• Pek bateri NMC 66 kWh
• Jarak gerak 440 km (data WLTP)
• Lampu depan CyberSpartsLED + Matrix
• Jeriji hadapan bercahaya
• Tambahan warna Atom Grey Matte, Lumen Yellow
• Kemasan trim dalaman Dark Matter dua tona

 

smart #1 Brabus

smart


• motor elektrik berkembar, sistem pacuan semua roda
• 422 hp, 543 Nm
• Pecutan 0-100 km/j 3.9 saat
• Jarak gerak 400 km (data WLTP)
• Trim luaran dan dalaman Brabus eksklusif
• Kombinasi warna dua tona
-Atom Grey Matte, Meta Black, Cyber Silver (bumbung Radiant Red)
-Digital White, Laser Red, Cyber Silver (bumbung hitam)
-Atom Grey Matte (bumbung warna badan)

smart Malaysia mengumumkan harga jualan anggaran smart #1 bermula dari RM200,000 hingga RM250,000.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia berkata, "Kejayaan smart #1 tidak hanya…
Model Terbaharu
Seperti mana laporan terdahulu, tiga varian tersedia untuk pasaran Malaysia, iaitu varian aras mula…
Berita Domestik
Syarikat ini telah membina tiga lagi stesen pengecasan pantas berkuasa tinggi di pusat pengedaran…