Tempahan smart #1 kini cecah 1,000 unit

oleh Mohamad Hanif|
smart Malaysia mengumumkan jumlah tempahan mencecah 1,000 unit bagi model crossover elektrik smart #1 beberapa minggu selepas pelancaran pada 21 November yang lepas.

Menurut Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia berkata, "Kejayaan smart #1 tidak hanya mencerminkan kecemerlangan produk, tetapi juga dedikasi kami untuk menyediakan pengalaman pemilikan yang lancar dan menyeronokkan.
 

smart


"Perlindungan jaminan komprehensif, pakej percuma, dan tawaran pengecas rumah smartCharge adalah bukti komitmen kami terhadap kepuasan pelanggan.

"Penghantaran juga merupakan aspek penting, dan pasukan kami sedang berusaha gigih untuk memastikan kereta disampaikan kepada pelanggan kami yang dihargai tepat pada masanya," ujarnya.
 

smart


Untuk makluman, smart Malaysia di bawah Pro-Net telah pun melancarkan smart #1 untuk pasaran tempatan dengan tiga varian utama, dan harga jualan bermula dari RM189,000.

smart #1 didatangkan dengan tawaran pakej jaminan termasuklah Jaminan Bateri Bervoltan Tinggi selama 8 tahun/200,000 km, Jaminan Komponen Bervoltan Tinggi selama 8 tahun/150,000 km, jaminan kenderaan 4 tahun tanpa had perjalanan, serta jaminan alat ganti selama dua tahun tanpa had perbatuan.
 

smart


Bukan itu sahaja, pembeli boleh mendapatkan tawaran eksklusif termasuklah pakej aksesori bernilai RM2,000 secara percuma, data internet percuma 60GB selama lima tahun, dan pengecas smartCharge AC bernilai RM3,200 secara percuma yang sah sehingga 31 Disember 2023.

Baca: Spesifikasi smart #1 2024

Berita Berkenaan

Berita Domestik
smart #1 telah mengukuhkan kedudukannya di kedudukan ke-3 dalam kategori SUV EV untuk harga kereta…
Informasi
smart #1 adalah model pertama yang dijual oleh PRO-NET dan dibina di atas Seni Bina Elektrik…
Informasi
Malah pembayaran juga perlu dilengkapkan menerusi aplikasi Hello Smart App, dan bukan menggunakan…