Tempahan Toyota GR Yaris di Australia dibuka semula, pembahagian mengikut FIFO

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota GR Yaris Australia
Toyota GR Yaris Australia
Sambutan Toyota GR Yaris di Australia memang hangat sehingga tempahan terpaksa ditutup sementara pembekalan kembali stabil.

Terbaru Toyota memaklumkan pelanggan sudah boleh menempah GR Yaris dan akan menggunakan pendekatan baharu bagi semua model GR.

Perubahan itu susulan pembekalan yang tersedia untuk GR Yaris, GR Corolla, GR86 dan GR Supra.

Untuk kereta yang dikeluarkan bermula Julai, pembahagian kepada pelanggan mengikut tarikh tempahan atau masuk dulu, keluar dulu (FIFO).
Toyota GR Yaris Australia

 

Sejak diperkenal di Australia pada 2020, sebanyak 2,591 buah GR Yaris terjual termasuk 1,001 buah GR Yaris Rallye.

Di sebalik pemakluman tersebut, Toyota tidak berkongsi versi mana yang pelanggan bakal terima.

Pada Januari Toyota memperkenal GR Yaris dengan rupa baharu dan kotak gear automatik di Jepun. Bukan setakat bampar, Toyota turut menukar papan pemuka baharu.

Banyak yang dibuat di antaranya pengukuhan badan dan kuasa juga bertambah dari 272 ps kepada 304 ps dan 370Nm meningkat 400Nm.

 

Toyota GR Yaris Australia

 

Kotak gear automatik lapan kelajuan dipanggil Gazoo Racing Direct Automatic Transmission.

Untuk digunakan pada GR Yaris, kotak gear ditala dan disesuaikan mengikut formatnya dan beroperasi secara pintar selain kelajuan tukaran gear 'berkelas dunia'.

Selain papan pemuka baharu, kedudukan pemanduan diturunkan 25 milimeter (mm) dan dituruti kedudukan stereng.

Berita mengenai pengenalan di Jepun turut disiarkan secara rasmi oleh Toyota Australia. 

 

Toyota GR Yaris Australia

 

Di sebalik sambutan hangat GR Yaris, ada perkara menarik mengenai penerimaan kotak gear automatik di Australia.

Untuk GR Supra, sebanyak 963 buah model automatik terjual dan 208 bagi model manual. Maknanya pelanggan lebih gemarkan GR Supra automatik.

Pelanggan juga lebih menggemari GR86 automatik namun jurangnya tidak sebesar GR Supra. Model automatik dijual sebanyak 828 buah dan 781 buah untuk manual.

Bagaimana pula dengan GR Yaris automatik nanti?

 

Toyota GR Yaris Australia

 

Jumlah jualan model GR di Australia (Auto/Manual):

  • GR Supra: 1,171 (963/208)
  • GR Yaris: 1,590
  • GR Yaris Rallye: 1,001
  • GR86: 1,609 (828/781)
  • GR Corolla GTS: 788
  • GR Corolla Morizo Edition: 25

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan Mei itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan jumlah…
Berita Global
  Toyota tidak menumpukan pada satu teknologi dan seperti yang kerap disebut berpegang kepada…
Informasi
Atenza (Mazda 6), dan Axela (Mazda 3) sudah ditamatkan pengeluaran di Jepun sejak 2018 dan 2019,…