Terbukti laris! GR Corolla model manual Toyota paling popular di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Toyota GR Corolla terbukti sangat popular di pasaran Amerika Syarikat.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Ini kerana menurut laporan Motor1, Toyota Amerika telah berjaya menjual sebanyak 5,567 unit GR Corolla sepanjang tahun lepas, dan mengalahkan angka jualan Volkswagen Golf R dengan perbezaan melebihi 2,000 unit.
 

GRC


Daripada jumlah tersebut, sebilangan besarnya disumbangkan oleh varian Core (3,123 unit), diikuti Circuit (1,583 unit), Premium (677 unit) dan Morizo (184 unit).

Menurut laporan itu lagi, GR Corolla juga merupakan model kereta manual Toyota yang paling popular di Amerika Syarikat, mengalahkan angka jualan GR86 transmisi manual (5,317 unit), Tacoma (3,287 unit) dan Supra (1,140 unit).
 

GRC


Toyota sebelum ini menyasarkan angka produksi GR Corolla berjumlah 6,500 unit untuk model tahun 2023.

Sasaran yang tidak kesampaian itu bukanlah berpunca daripada permintaan yang rendah, sebaliknya ia mungkin disebabkan oleh masalah rantaian bekalan yang masih lagi berlaku.

Baca: Toyota GR Corolla Circuit Edition 2024

Baca: Toyota guna pita aluminium tambah baik aerodinamik GR Corolla

Baca: Pandu Uji Toyota GR Corolla - hot hatch DNA tulen Toyota

Baca: Pandu Uji Toyota Corolla Cross GR Sport - SUV Sporti mesra famili

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jika 'Toyota Universe' diambil kira, Lexus LBX Morizo RR juga siri berprestasi dengan enjin…
Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…