Toyota guna pita aluminium untuk naik taraf aerodinamik GR Corolla 2024

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada bulan Ogos tahun lalu, Toyota telah memperkenalkan satu lagi model edisi terhad hot hatch terbaharunya, iaitu GR Corolla 2024 yang telah diberikan beberapa naik taraf kecil.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

GR Corolla 2024 edisi terhad itu dihasilkan sebanyak 550 unit, dan hanya dijual untuk pasaran Jepun di mana pembelinya akan dipilih berdasarkan cabutan undi.

Walaupun tiada perubahan besar yang dibawakan dari segi penampilan, Toyota telah meningkatkan lagi aspek pemanduan dengan beberapa perubahan komponen.

Antaranya ialah bolt baharu untuk subframe belakang dan rak stereng bagi mengukuhkan casis, di mana ia memberikan respons stereng yang lebih pantas dan stabil.

 

2

 

Bukaan liang udara pada bahagian depan turut dipertingkatkan untuk memaksimumkan aliran udara, dan satu tambahan yang agak pelik, iaitu pita aluminium turut membantu meningkatkan aerodinamik.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh drifter profesional Ken Gushi, dia telah berkongsikan pemasangan komponen naik taraf model tahun 2024 tersebut pada Corolla GR 2023 miliknya, di mana pita aluminium tersebut menjadi persoalan besar.

Untuk pengetahuan, pita aluminium tersebut telah dipasang di bahagian dalam fender.

 

3

 

Dengan bantuan rakannya dari Jepun, Ken memperoleh komponen tersebut dalam bentuk kit naik taraf, termasuk bolt subframe belakang baharu, bolt rak stereng baharu, bukaan saluran udara baharu dan empat keping tape aluminium tersebut.

Untuk tanggapan pertama, pasti ramai yang menyangkakan pita aluminium itu akan membantu menutup saluran udara atau menguatkan bahagian yang sangat fleksibel, namun ia sebenarnya bertindak sebagai pelepasan elektrostatik.

Idea tersebut telah dipatenkan oleh Toyota, di mana kereta menghasilkan cas positif semasa memandu, dan udara di sekelilingnya juga bercas positif.

Menurut laporan Car Watch, idea itu telah wujud sejak pertengahan tahun 2010-an dan pada asalnya telah diuji pada Toyota 86.

 

86

 

Semasa pembangunan facelift Toyota 86, jurutera Toyota mula melihat tingkah laku yang tidak konsisten daripada kereta ujian, khususnya apabila bahan untuk bampar telah ditukar daripada spesifikasi prototaip kepada spesifikasi pengeluaran.

Ianya membawa kepada kajian nyahcas elektrostatik, dan penemuan seterusnya bahawa tape aluminium membetulkan masalah dan juga secara ajaib meningkatkan aerodinamik.

Pastinya tanpa ilmu yang tepat, agak sukar untuk mempercayai bahawa dengan pita aluminium itu sahaja mampu mengubah aspek aerodinamik.

Dalam video yang dikongsikan Ken juga, dia menyatakan perubahan positif dari segi pemanduan selepas GR Corolla miliknya dilengkapi dengan kit naik taraf tersebut.

Baca: Toyota GR Corolla edisi terhad muncul di Jepun

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jika 'Toyota Universe' diambil kira, Lexus LBX Morizo RR juga siri berprestasi dengan enjin…
Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan Motor1, Toyota Amerika telah berjaya menjual sebanyak 5,567 unit GR…