Tesla catat peningkatan pengeluaran dan penghantaran untuk suku keempat

oleh Penyumbang Rencana|
Tesla Model 3
Pengeluar kereta elektrik Tesla pada Isnin melaporkan peningkatan dalam pengeluaran dan penghantaran bagi suku keempat meskipun terdapat kebimbangan kegawatan ekonomi akan menyebabkan penurunan permintaan, lapor DPA.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam tiga bulan terakhir tahun 2022, pembuat kereta elektrik mewah itu sudah menghantar 405,278 kenderaan, meningkat empat peratus berbanding tahun terdahulu.

Tesla menghantar 388,131 sedan kompak Model 3 dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Model Y yang menyaksikan peningkatan sebanyak empat peratus.

Syarikat itu juga sudah membekalkan 17,147 Model S/X pada suku keempat iaitu peningkatan sebanyak sembilan peratus.

Pada suku keempat, Tesla menghasilkan sejumlah 439,701 kereta.

Pada 2022, penghantaran kenderaan meningkat 40 peratus tahun ke tahun kepada 1.31 juta, manakala pengeluaran meningkat 47 peratus dari tahun lalu kepada 1.37 juta.

TheSun

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…