Terdapat empat buah Tesla Supercharger V3 berkapasiti 250 kW yang membolehkan sebuah Tesla Model 3 menambah jarak sejauh 282 km dalam tempoh masa 15 minit sahaja, dengan bayaran RM1.25/kWh dan idle fee RM4.00/minit.
Sehingga kini, Tesla Malaysia sudah pun membuka tiga stesen Supercharger dengan jumlah pengecas Supercharger adalah sebanyak 16 unit secara keseluruhannya.
Serentak dengan pembukaan Tesla Supercharger itu, Tesla Malaysia akan turut mempamerkan Model 3 dan Model Y di Water Feature Area, Ground Floor Sunway Pyramid bagi membolehkan para pengunjung melihat kedua-dua model tersebut dengan lebih dekat.
Tesla Supercharger Sunway Pyramid itu beroperasi selama 24 jam sehari, di mana kadar pengecasan yang disebutkan itu tadi adalah tidak termasuk dengan caj parkir yang dikenakan sebanyak RM5.00/jam.