Tesla rancang lancarkan kenderaan elektrik baharu pada pertengahan 2025

oleh Penyumbang Rencana|
gambar berasaskan salah satu 'rendering' projek Tesla Redwood
Tesla dilaporkan telah memaklumkan para pembekal mereka, menyatakan akan memulakan pengeluaran kenderaan elektrik baharu pada pertengahan 2025.

Kenderaan elektrik baharu yang dikenali dengan nama kod 'Redwood' itu dijangka berada di dalam kategori kenderaan 'compact crossover'.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sepenuhnya berkenaan kenderaan model baharu ini. Sebelum ini, Elon Musk sedia menjanjikan kereta elektrik pada harga lebih kompetitif, selain penawaran robo-teksi.

Tetapi, mengikut latar pembangunan dan pelancaran sebelum ini, tidak semuanya berjalan mengikut perancangan Elon Musk, dan kebanyakannya tertangguh agak lama.

Untuk makluman juga, pada hari ini, BYD sedia menerajui arena kenderaan elektrik dan telah mengatasi Tesla dari segi angka jualan.

Mungkin dengan penawaran kereta pada harga lebih kompetitif, akan menarik lebih ramai mendapatkan Tesla.

Namun, dengan lebih ramai menyertai arena kereta elektrik, mungkin kita akan melihat persaingan lebih sengit pada tahun-tahun akan datang.

Sebelum ini, ia turut dilaporkan Perodua turut dijangka memasarkan kereta elektrik mereka pada 2025.

 

Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan terkini, unit yang dihasilkan ini dipercayai masih dalam fasa awal atau pilot build…
Berita Domestik
Model sedan Model 3 kekal ditawarkan pada harga permulaan RM169,000, manakala Model Y terus dijual…
Berita Global
Dasar baharu ini didedahkan oleh portal automotif InsideEVs, susulan perkongsian pempengaruh Tesla…