Tesla Supercharger keempat dibuka di Freeport A'Famosa Melaka

oleh Mohamad Hanif|
Tesla Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan stesen pengecasan Tesla Supercharger yang pertama di Melaka, terletak di Freeport A'Famosa Outlet, sekaligus merangkap Supercharger keempat di Malaysia.

Tesla Supercharger V3 itu menyediakan empat pengecasan pantas DC 250 kW, serta satu unit Destination Charger dengan kadar kelajuan pengecasan yang lebih perlahan.

Secara keseluruhan, Tesla Malaysia kini mempunyai 20 unit Supercharger di seluruh negara, di mana sebuah Model 3 boleh menambah jarak sejauh 282 km dalam tempoh masa 15 minit sahaja.

Sama seperti Tesla Supercharger yang lain, kadar pengecasan adalah RM1.25/kWh, diikuti penalti parkir RM4.00/minit. Tiada caj parkir dikenakan di Freeport A'Famosa Outlet.

Pemilik EV Tesla boleh menggunakan aplikasi mudah alih untuk memeriksa pengecas yang tersedia, status pengecasan semasa, pembayaran selain mendapatkan sokongan teknikal.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Model sedan Model 3 kekal ditawarkan pada harga permulaan RM169,000, manakala Model Y terus dijual…
Berita Domestik
Harga Baharu Tesla Model 3 Highland Menurut senarai rasmi Tesla Malaysia: Rear-Wheel Drive…
Berita Domestik
Bagi memperingati detik ini, Tesla melancarkan Tesla 10,000 Delivery Week yang berlangsung sehingga…