Tiada lagi kapit roda (clamping) di KL - arahan Datuk Bandar

oleh SALINA JALIL|
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Dahlan telah mengarahkan penggantungan untuk jangka waktu yang belum dipastikan lagi bagi penggunaan pengapit roda (clamping) di pusat bandar raya bermula dari bulan November ini.

StarMetro memetik sumber dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata mesyuarat mengenai isu itu telah diadakan di antara pengarah eksekutif (perancangan) DBKL Datuk Mahadi Che Ngah dan pegawai kanan dari Jabatan Undang-undang dan Kewangan serta syarikat pengendali tempat letak kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kali ini, tidak ada perubahan dan ia merupakan arahan dari Datuk Bandar sendiri," kata sumber tersebut.

 

Sumber tersebut turut menyatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar itu adalah selepas  beliau menyaksikan perbalahan di antara seorang pemandu kenderaan dan pegawai DBKL di Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini.

 

mayor

 

Datuk  Bandar, Nur Hisham merasakan penguatkuasaan itu menjemput pandangan negatif terhadap agensinya selepas menyaksikan kejadian itu secara peribadi.

 

 

Jika benar, ini akan menjadi kali kedua pihak DBKL menangguhkan pengapit roda (clamping) selepas percubaan sebelumnya pada bulan Mei lalu, selepas pilihan raya umum tahun ini berikutan permintaan oleh Ahli Parlimen Kuala Lumpur.

 

Penggantungan itu ditarik balik di kawasan bukan panas (non-hotspot) di sekitar bandaraya.

 

Dalam pada itu, syarikat pengendali tempat letak kereta, Pengarah Urusan, Vista Summerose, Datuk Nik Haidi Nik Mohamed turut mengesahkan telah menerima keputusan Datuk Bandar.

 

"Malangnya, ia adalah benar dan kami kecewa kerana kami mempunyai kontrak yang jelas menyatakan bahawa DBKL telah memberi kami kebenaran untuk kami mengapit kenderaan yang diletakkan secara haram," kata beliau.

 

"DBKL juga akan membelanjakan kos yang tinggi yang sebagai pampasan kepada syarikat. Saya menganggarkan ia tidak kurang daripada RM80 juta kerana kami diberikan kebenaran untuk mengurus tempat letak kereta dan pengapit kenderaan yang tidak parkir di tempat yang sepatutnya".

 

Beliau juga melahirkan kebimbangan mengenai hala tuju kakitangannya kerana ini bermakna sekurang-kurangnya 100 pekerja akan menjadi penganggur pada bulan depan.

 

 

Nik Haidi juga meramalkan bahawa kesalahan letak kereta akan mengalami kenaikan secara mendadak pada bulan November ini apabila pengapitan digantung.

 

"Pengapitan adalah kaedah penguatkuasaan yang paling berkesan dalam mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur dan kami telah membuktikannya pada masa lalu," katanya.

 

DBKL mengapit purata 915 kenderaan sehari dan mengeluarkan notis kompaun pada purata 3,659 kereta setiap hari.

 

DBKL mengeluarkan kontrak letak kereta ke Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), yang mengupah kontraktor letak kereta Vista Summerose untuk melakukan kerja-kerja mengapit (clamping).

 

*laporan dari Malay Mail Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program KL Pagi Bebas Kenderaan yang diadakan di Dataran DBKL, menyaksikan kehadiran seramai 2,000…
Berita Domestik
Menurutnya, operasi dijalankan sekitar Jalan Tun Sambathan, Jalan Sri Hartamas, Jalan Beremi, Jalan…
Informasi
."Berkenaan aduan yang tular menerusi media sosial dan media elektronik berkenaan ulat parkir…