Tidak ada larangan keluar selepas jam 8 malam

oleh Mohamad Hanif|
Tidak ada sekatan untuk rakyat keluar selepas jam 8 malam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Isu ini disahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang tadi selepas ditanya oleh pihak media  berkaitan beberapa insiden di mana orang awam dikatakan dikenakan kompaun kerana berada di luar kediaman antara jam 8 malam hingga 8 pagi.

Careta sendiri melihat video tular di mana anggota polis di satu sekatan jalanraya menasihatkan orang awam untuk jangan keluar dari rumah antara jam 8 malam hingga 8 pagi jika tidak mahu dikenakan kompaun.

Pihak polis bagaimanapun berkata tidak ada sesiapa yang dikenakan kompaun kerana keluar dari kediaman selepas jam 8 malam.

MKN menegaskan operasi kebanyakan sektor ekonomi dihadkan sehingga 8 malam, kecuali beberapa jenis perniagaan termasuk klinik dan farmasi.

“Mana mungkin ada perintah berkurung jika masih ada premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi,” ujar jurucakap MKN.

“SOP untuk PKP 3.0 ialah waktu operasi kebanyakan premis perniagaan dari jam 8 pagi hingga 8 malam.”

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Larangan ini juga bertujuan untuk mengelak risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja…
Berita Domestik
Bukan itu saja, puluhan kereta yang kebanyakannya jenis Proton Waja dengan nombor pendaftaran…
Berita Global
  "Ini adalah langkah penting dan simbol yang kuat dalam dasar pengurangan pelepasan gas rumah…