Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, rakan mangsa yang tidur bersamanya bagaimanapun terjaga ketika kereta api menghampiri dan sempat menyelamatkan diri.
“Pemandu kereta api terbabit dikatakan sudah membunyikan hon, namun mangsa tidak bangun. Hasil pemeriksaan mendapati separuh badan mangsa telah hancur kerana dilanggar kereta api.
“Jarak tempat mangsa tidur dengan mayatnya dijumpai lebih kurang 30 meter. Susulan kejadian itu, pemandu telah maklumkan kejadian kepada Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.
Choon Foo berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran landasan kereta api agar sentiasa berwaspada dan tidak menjadikan kawasan itu sebagai tempat melepak atau tidur pada waktu malam.
Dalam masa sama katanya, ibu bapa juga harus memantau keselamatan anak atau ahli keluarga masing-masing.