"Semasa tangkapan dibuat, pemandu Proton Wira itu tidak mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan maut tersebut.
"Hasil siasatan dilakukan mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan dadah yang telah dihukum dan satu kes jenayah telah dihukum," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kata beliau, tindakan reman selama empat hari bermula Jumaat dilakukan ke atas suspek bagi membantu siasatan.
Jelasnya, suspek ditahan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu menurutnya, seorang mangsa kemalangan yang terselamat merupakan penumpang Toyota Avanza masih menerima rawatan di Hospital Selayang.
Beliau memberitahu, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.