Tiga warna baharu untuk XMAX

oleh HEZERI SAMSURI|
Hong Leong Yamaha hari ini mengumumkan tiga warna baharu untuk tahun 2020 bagi model maxi skuter popular mereka, XMAX.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Tiga warna tersebut ialah biru matte, perak matte dan kelabu matte. Kesemuanya menggunakan warna matte, bermakna ia tidak berkilat.

Warna kelabu nampaknya memberikan kelainan kerana hadir dengan roda aloi berwarna emas. Warna lain didatangkan dengan roda aloi berwarna hitam.

Tidak ada perubahan teknikal dan harga juga kekal sama - RM21,500 tanpa cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Menurut Hong Leong Yamaha, warna-warna ini sudah boleh didapati di mana-mana pengedar Yamaha tempatan.

Berita Berkenaan

Berita Global
XS sebenarnya merujuk kepada sejarah model jalanan yang bermula dari model empat lejang pertama…
Berita Global
Satu kekurangan yang ketara ialah kebanyakan pelana bagi model-model motosikal adventure ini…
Berita Global
Sistem Dynamic Sound Yamaha Premium itu merangkumi lapan pembesar suara, dengan sepasang tweeter…