Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya pekerja tujuh stesen minyak untuk menunjukkan nombor pin tambah nilai TnG Ewallet bernilai RM100 hingga RM300 kepadanya sebelum dibayar hingga mengakibatkan kerugian keseluruhan RM1,300.
Kesalahan dilakukan antara 5 Oktober hingga 28 November lalu di tujuh stesen minyak berasingan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, Mohd Faizal yang tidak diwakili peguam bela mengaku insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan, selain memohon hukuman denda minimum kerana tidak bekerja.
Nor Asnini bagaimanapun memohon hukuman berat kerana kesalahan berulang dilakukan tertuduh terhadap mangsa berbeza, menunjukkan tiada kekesalan pada dirinya.