Lim juga berkata kerajaan perlu segera membuat keputusan kerana kerajaan telah membekukan semua kenaikan tol dan perlu membayar pampasan kepada pengendali lebuhraya tersebut, iaitu PLUS Berhad, syarikat milik penuh kerajaan melalui Khazanah Nasional dan KWSP.
"Sekiranya keputusan tidak dibuat, jumlah pampasan akan meningkat," ujarnya.
Beliau terus berkata keputusan yang dibuat perlu menguntungkan tiga pihak: kerajaan, pemilik syarikat tol (juga milik kerajaaan) dan rakyat (yang memilih kerajaan).
Namun begitu Lim juga berkata segala keputusan perlu menguntungkan Khazanah dan KWSP juga kerana jika tidak, ia akan memberikan impak negatif kepada nilai kedua-dua syarikat tersebut.
Lim juga mengingatkan ia (menurunkan harga tol) adalah salah satu janji pilihanraya oleh Pakatan Harapan.
Sebelum ini, ramai pakar-pakar kewangan dan juga kedua-dua syarikat pemilik saham PLUS berkata penjualan aset negara itu akan hanya merugikan rakyat kerana ia akan menjadi milik syarikat persendirian.
Kebanyakan bidaan untuk mengambil alih harta kerajaan itu akan melibatkan pemanjangan tempoh konsesi tol. Bidaan dari Kumpulan Widad contohnya mahu konsesi dipanjangkan selama 20 tahun lagi selepas konsesi sekarang tamat.
Konsesi tol oleh PLUS dijangka tamat dalam tahun 2030.
*Laporan asal dari The Sun Daily