Toyota akan tambah 550 unit GR Corolla untuk pasaran Jepun, guna sistem cabutan undi

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti Toyota GR Yaris yang hanya dibina sebanyak 25,000 unit sahaja, Toyota tidak akan menggunakan pendekatan yang serupa untuk model hot hatch GR Corolla.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Namun, ia masih lagi akan kekal eksklusif supaya dapat mengekalkan status niche model tersebut.

Ketika awal kemunculan GR Corolla pada tahun lepas, Toyota mahu menghasilkan sekurang-kurangnya 6,500 unit, dan pada minggu lepas Toyota mendedahkan mereka akan membina lagi 1,600 unit GR Corolla untuk pembeli di Amerika Utara.
 

GR COROLLA


Untuk pasaran Jepun pula, Toyota akan memperuntukkan slot sebanyak 550 unit, di mana satu pengumuman rasmi akan dibuat pada 14 Julai ini sebelum ia mula diproduksikan pada bulan September nanti.

Kesemua 550 unit tersebut akan ditawarkan dalam trim asas RZ sahaja, sementara aksesori lain seperti roda stereng dan tombol gear balutan Ultrasuede akan ditawarkan sebagai opsyen.

Berdasarkan penglibatan di dalam sukan permotoran, Toyota turut melakukan beberapa penambahbaikan, termasuklah penambahan bolt dan pita aluminium anti-statik untuk meningkatkan kestabilan stereng, sementara komponen liang penyejukan sistem brek yang dinaiktaraf akan ditawarkan sebagai opsyen pengeluar, dan bukannya pengedar.
 

GR COROLLA


Beberapa komponen GR Parts baharu turut akan ditawarkan seperti penjarak roda (wheel spacer), spoiler belakang, pembeza gelincir terhad (LSD) mekanikal, serta klac logam bertetulang.

Menariknya, dengan beberapa penambahbaikan yang ditawarkan, harga jualan GR Corolla masih lagi kekal tidak berubah, bermula dari 5,250,000 yen (~RM169,388).

Namun, disebabkan unit yang terhad, para pembeli akan dipilih menerusi cabutan undi.

Berita Berkenaan

Berita Global
  GR Circuit Edition kembali ditawarkan setahun lagi dan dalam warna Blue Flame selain Ice Cap…
Berita Global
Terima kasih kepada penglibatan berterusan di dalam sukan permotoran, Toyota kini boleh menggunakan…
Berita Global
Di pasaran Jepun, Toyota dilapor menawarkan 550 unit GR Corolla yang telah ditambahbaik, di mana…