Toyota dedah teknologi 'gigacasting', mahu lawan penguasaan EV Tesla!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Motor baru-baru ini memperlihatkan prototaip teknologi gigacasting yang dapat menghasilkan komponen panel badan kenderaan lebih cepat berbanding proses normal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mesin tuangan gigacasting di kilang Myochi itu mampu mengubah cecair aluminium bersuhu 700°C kepada 250°C untuk menjadi struktur sepertiga belakang casis kenderaan dalam tempoh tiga minit sahaja.
 

giga


Proses yang normal biasanya memakan masa berjam-jam untuk membina struktur yang terdiri daripada 86 bahagian menerusi proses 33 langkah.

Pengetahuan yang meluas di dalam aspek ini membolehkan Toyota mengurangkan tempoh masa penggantian acuan daripada 24 jam kepada 20 minit sahaja.

Toyota juga berazam untuk mencapai kadar produktiviti yang lebih tinggi dengan menggunakan perisian untuk menganalisa kualiti tuangan bagi mengurangkan kadar produk yang rosak.
 

toyota


Selain daripada itu, kilang Toyota juga bakal menggunakan teknologi autonomi bagi mengurangkan kebergantungan kepada tali sawat penghantar, sekaligus mengurangkan kos berkaitan pengeluaran.

Model BEV yang akan dilancarkan menjelang tahun 2026 itu akan menggunakan struktur modular tiga bahagian (depan, tengah, belakang) yang dapat mengurangkan proses pengeluaran dan meningkatkan kadar produktiviti.
 

bateri


Toyota juga kini sedang berada di dalam fasa pembangunan bateri jenis pejal (solid-state battery) yang mampu menjanjikan jarak gerak melebihi 1,000 km dengan pengecasan sepantas 10 minit.

Walaupun Toyota kini merupakan pengeluar terbesar di dunia, jumlah jualan kenderaan elektrik syarikat itu hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang dijual oleh pesaingnya seperti Tesla, Ford dan General Motors.

Menjelang tahun 2026, Toyota menyasarkan 10 buah EV baharu dengan sasaran jualan tahunan mencecah 1.5 juta unit.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Global
Ia berikutan kerana permintaan elektrik di seluruh dunia daripada penghawa dingin kini kian bakal…
Berita Global
Aloi amorfus itu mengurangkan kehilangan tenaga sebanyak 90 peratus atau lebih bila dibandingkan…