Toyota GR Corolla edisi terhad muncul di Jepun, dinamik pemanduan dipertingkat, 550 unit, harga dari RM168k

oleh Mohamad Hanif|
Toyota GR Corolla merupakan antara hot hatch moden konvensional yang boleh dibeli baharu tatkala ada pengeluar yang sudah pun mula menghentikan penawaran model berprestasi tinggi dengan enjin pembakaran dalaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di pasaran Jepun, Toyota dilapor menawarkan 550 unit GR Corolla yang telah ditambahbaik, di mana pembeli akan dipilih menerusi cabutan undi loteri pada September nanti.
 

GR Corolla


Perubahan yang dibawakan pada GR Corolla baharu itu lebih fokus kepada aspek pemanduan, di mana Toyota telah menggunakan bolt pengetat di bahagian gantungan hadapan dan kotak gear stereng.

Sementara untuk bahagian suspensi belakang, saiz kepala bolt yang digunakan bertambah sebanyak 2 mm kepada 24 mm.
 

GR COROLLA


Menurut Toyota, perubahan tersebut bertujuan menjadikan casis lebih tegar, sekaligus menjadikan respons stereng yang lebih pantas dan lebih stabil di jalan lurus.

Aspek kestabilan pemanduan turut dipertingkatkan dengan mengubah bukaan liang bampar hadapan untuk mengoptimasikan aliran udara, serta mengurangkan kesan seretan sewaktu pemanduan berkelajuan tinggi.
 

GR COROLLA


Akhir sekali, Toyota GR Corolla pasaran Jepun bakal ditawarkan dalam warna baharu cyan metallic dan warna dalaman gandingan hitam/biru, di mana kombinasi ini hanya boleh dibeli oleh 50 orang sahaja.

Permohonan untuk membeli GR Corolla edisi terhad ini akan dibuka pada 23 Ogos hingga 11 September 2023, di mana setiap satu dijual pada harga bermula 5.25 juta yen (RM168,091).

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan Motor1, Toyota Amerika telah berjaya menjual sebanyak 5,567 unit GR…
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…