Empat pusingan kelayakan dalam talian yang terhad kepada 180 peserta setiap pusingan, akan berlangsung sepanjang dua hujung minggu berturut-turut, iaitu pada 3-4 September dan 12-13 September, dijangka melibatkan seramai 720 pelumba.
Format perlumbaan adalah seperti berikut:
Pusingan Kelayakan - 3-4 Sept, 12-13 Sept
Litar: Fuji Speedway
Jentera: GR Supra RZ
Pusingan Separuh Akhir - 26 September (20 peserta)
Litar 1: Kyoto Driving Park (22 pusingan)
Jentera: TS050 Hybrid
Litar 2: Suzuka (18 pusingan)
Jentera: Dallara Super Formula SF19
Pusingan Akhir - 27 September (10 peserta)
Litar 1: Autodrome Lago Maggiore, Itali (15 pusingan)
Jentera: GR Supra RZ
Litar 2: Autopolis Racing Course (18 pusingan)
Jentera: FT-1 Vision Gran Turismo
Litar 3: Circuit de la Sarthe (10 pusingan)
Jentera: TS050 Hybrid
Litar 4: Spa-Francorchamps (18 pusingan)
Jentera: Dallara Super Formula SF19
Disifatkan sebagai satu daripada siri perlumbaan dalam talian tempatan yang menawarkan habuan lumayan, Kejuaran Toyota GR Velocity Esports menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, RM10,000, RM7,000, RM5,500 dan RM4,500 bagi lima pelumba terbaik.
Tiga pemenang teratas juga akan menerima penghormatan untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan sukan permotoran maya yang julung kali diadakan, Piala Asia GR Supra GT 2020 yang dianjurkan oleh Toyota Motor Asia Pacific (TMAP) pada Oktober 2020.
Acara berkenaan bakal menyaksikan pelumba dari Malaysia bersaing dengan pelumba terbaik dari Thailand, Singapura, Filipina dan India. Sementara itu, hadiah tunai bernilai RM4,000, RM3,500, RM3,000, RM2,500 dan RM2,000 turut menanti pemenang di tempat ke-6, 7, 8, 9 dan 10 untuk Kejuaran Toyota GR Velocity Esport.
Hadiah RM500 juga akan diberikan kepada peserta yang menduduki tangga ke-11 hingga 20.
Dengan RM70,000 tersedia untuk dimenangi, semua pelumba akan berpeluang untuk menerima wang tunai tambahan bernilai dari RM450, RM200 dan RM100 yang akan diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap empat pusingan akhir nanti.
Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports Musim Ketiga ini turut akan menampilkan perlumbaan pertunjukkan 10 pusingan melibatkan pelumba dan selebriti yang bersaing di dalam Toyota Vios Challenge dan Toyota Gazoo Racing Festival.
Pelumba TGR akan berentap di dalam perlumbaan 10 pusingan menggunakan Toyota GR Supra Racing Concept di litar Fuji International Speedway sepanjang 4.5 km, sementara barisan selebriti pula akan menggunakan jentera TS050 Hybrid di dalam perlumbaan 17 pusingan di Tokyo Expressway.