Toyota GT86 Edisi Terhad dengan layangan warna British Racing Green di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Warna hijau ikonik British Racing Green ini sebenarnya pernah digunakan oleh banyak pasukan, namun di dalam sejarah permotoran moden, ia digunakan oleh Jaguar Racing di dalam perlumbaan Formula One. 

Kemudian, ia diikuti oleh para pengeluar British yang lain seperti Bentley dan Aston Martin di dalam Le Mans, dan pasukan Lotus itu sendiri. 

Memandangkan ia sebenarnya kaya dengan sejarah kemenangan pasukan British itu sendiri, warna hijau ini menjadi popular untuk dilayangkan pada kenderaan mewah dan sports keluaran British. 
 


Jadi, sekiranya anda peminat tegar warna ini, Toyota baharu sahaja melancarkan GT86  edisi terhad yang digelar sebagai British Green Limited, dan seperti yang anda teka, ia dikhaskan untuk pasaran Jepun sahaja. 

Toyota tidak sekadar suka-suka meletakkan warna hijau ini bagi menampakkan ia begitu istimewa, malah spesifikasi asal GT86 juga telah ditambah baik. 

Ini termasuklah pakej brek Brembo, penyerap hentak SACHS, rim aloi eksklusif berwarna gangsa bersaiz 17 inci, serta spoiler belakang. 
 


Memasuki ruang kabin pula, pemandu akan disambut dengan tempat duduk balutan kulit dua tona dengan sokongan pad Alcantara, jahitan berwarna jingga pada roda stereng, tombol gear dan papan pemuka. 

Anehnya, ia tidak didatangkan dengan sistem infotainmen, jadi kami anggap nada muzik terbaik adalah datang dari enjin boxer 4U-GSE 2.0 liter yang masih menghasilkan 205 hp dan daya kilas 211 Nm. 
 


Tempahan dibuka di Jepun bermula 31 Mei ini manakala penghantaran pula hanya akan dilakukan menjelang akhir Julai ini. 

Harga pula berkisar sekitar julat harga ¥3,251,880 (RM119,515)* untuk versi manual enam kelajuan, manakala transmisi auto pula pada harga ¥3,318,840 (RM121,977)*. 

*mengikut pertukaran matawang semasa ¥100 = RM3.68

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terdapat lima pakej yang ditawarkan di bawah program tersebut, memfokuskan kepada trenkuasa,…
Berita Global
Ini adalah berdasarkan video trailer keempat yang baharu sahaja disiarkan di saluran rasmi Youtube…
Berita Global
Berita baik buat mereka yang mencari nadi Honda yang lebih berkuasa, Kpower Industries kini…