Toyota hadkan tempahan model baharu untuk setiap pengedar Lexus di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kekurangan cip semikonduktor dijangka akan berterusan sepanjang tahun 2023.

KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Ini memaksa syarikat gergasi automotif Toyota melaksanakan langkah untuk mengehadkan jumlah tempahan kenderaan baharu untuk setiap pengedar Lexus di Jepun.

Menurut laporan Nikkei Asia, peruntukan tempahan model baharu adalah berbeza mengikut pengedar dan sekiranya kuota tersebut telah dipenuhi, tiada lagi tempahan baharu yang akan diambil.

Ini turut menyebabkan tempoh menunggu untuk model baharu menjadi semakin lama.

Seperti contoh, tempoh penghantaran bagi model LS 500 adalah sekitar tiga hingga empat bulan, malah ada pengedar Lexus yang mendakwa tempoh tersebut mampu mencecah sehingga sekurang-kurangnya enam bulan untuk dihantar kepada pemilik masing-masing.

Untuk model lain seperti LX 600 dan model NX, tempahan masih lagi ditutup buat masa ini.

Nikkei Asia menyebut model-model Lexus terjejas teruk akibat krisis kekurangan cip semikonduktor, disebabkan kebanyakan model itu mempunyai ratusan cip semikonduktor yang lebih banyak berbanding sebuah kereta Toyota tipikal.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, enjin sama yang wujud pada hot hatch GR Yaris itu dikatakan akan digunakan pada Lexus LBX,…
Berita Global
Reruai Toyota untuk tahun ini membawakan tema  “Let’s Change the Future of Cars – Find Your Future…
Berita Global
Menurut Presiden Antarabangsa Lexus, Takashi Watanabe menjelaskan kepada Automotive News, "adalah…