Toyota Veloz 2022 catat lebih 6,000 tempahan

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pelancaran rasmi Toyota Veloz 2022, pihak UMW Toyota turut mengumumkan jumlah tempahan yang telah diterima semenjak MPV segmen B itu dibuka untuk tempahan pada bulan Jun tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, sehingga saat ini UMW Toyota Motor telah merekodkan jumlah tempahan melebihi 6,000 unit, menggambarkan minat yang mendalam oleh rakyat Malaysia terhadap model Veloz ini.
 

Veloz


"Sejak model Toyota Veloz serba baharu dibuka untuk tempahan, kadar pengambilan pesanan menunjukkan penerimaan positif, dan kami berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan penghantaran kepada pelanggan yang dikecualikan SST selesai sebelum Mac 2023.

Toyota Veloz 2022 merupakan MPV segmen B versi pemasangan tempatan (CKD) menggantikan dua generasi Toyota Avanza yang telah dijual sebelum ini.
 

Veloz


Sejak diperkenalkan pada tahun 2004, MPV segmen B Toyota Avanza telah mencatatkan angka jualan melebihi 178,000 unit sebelum ia digantikan secara rasmi oleh Toyota Veloz.

Baca: Toyota Veloz 2022

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Hakikatnya, kedua-dua model berkongsi platform Daihatsu New Global Architecture yang sama, sistem…
Berita Domestik
Sepanjang bulan Oktober 2022, jumlah kereta baru yang dihantar oleh UMW Toyota Motor meningkat…
Pelancaran
Berbanding Avanza yang menggunakan platform ladder frame dan sistem pacuan roda belakang, Toyota…