Toyota Veloz raih Lima Bintang ASEAN NCAP!

oleh Mohamad Hanif|
Program penilaian kereta baharu bagi negara Asia Tenggara, ASEAN NCAP mengumumkan keputusan ujian pelanggaran yang telah dibuat ke atas MPV baharu Toyota Veloz.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Menjadi model pertama Toyota yang diuji di bawah protokol terbaharu 2021-2025, Toyota Veloz berjaya memperoleh skor lima bintang ASEAN NCAP dengan jumlah markah 79.99.

Mengikut kategori, Toyota Veloz berjaya memperoleh markah 34.88 bagi ujian perlindungan penumpang dewasa (AOP), 17.17 untuk perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), 16.03 poin untuk bantuan keselamatan (SAT) dan 11.92 poin bagi kategori keselamatan penunggang motosikal (MS).
 

Veloz


Secara standard, Toyota Veloz didatangkan dengan kelengkapan seperti enam beg udara, brek anti kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR) untuk kedua-dua penumpang depan dan belakang, serta teknologi Perlindungan Pejalan Kaki.

Beberapa teknologi termaju turut tersedia secara standard atau pilihan seperti brek kecemasan autonomi (AEB), pengesanan titik buta, Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Amaran Keluar Lorong (LDW), dan Bantuan Pengekalan Lorong (LKA).

Baca: Toyota Veloz 2022

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk pengetahuan anda, NETA V merupakan model EV pertama yang telah menjalani penilaian di Pusat…
Berita Domestik
Dalam penilaian itu, Chery Omoda 5 menunjukkan komitmen keselamatan kenderaan dengan mencapai…
Informasi
Dalam penilaian itu, Mitsubishi XFORCE menunjukkan prestasi cemerlang dengan mencapai penarafan 5…