Tragedi Malam Raya - Remaja maut rempuh kenderaan polis

oleh Firdaus Razani|
Selepas 21 jam bertarung nyawa, seorang remaja lelaki maut apabila motosikal ditunggangi merempuh sebuah pacuan empat roda (4X4) polis yang melakukan rondaan mencegah lumba haram di Jalan Gangsa-Kesang Durian Tunggal, di sini, awal pagi 1 Syawal semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mangsa Mohammad Khairul Basahri, 18, meninggal dunia kira-kira pukul 12.37 pagi ketika menerima rawatan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat kecederaan dalaman yang serius.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata siasatan mendapati kejadian berlaku ketika kenderaan polis dipandu seorang anggota lelaki berusia 37 tahun sedang dalam tugas rondaan cegah lumba haram selepas menerima aduan orang awam.

“Rondaan dibuat susulan anggota dari Balai Polis Durian Tunggal itu menerima aduan awam berkaitan ramai individu berkumpul mengadakan aktiviti lumba motosikal dan membuat bising di lampu isyarat Gangsa.

"Sebaik tiba di lokasi, kenderaan polis itu menyalakan lampu mata arah dan siren untuk memberitahu kehadiran polis menyebabkan sekumpulan penunggang motosikal bertempiaran melarikan diri dari pelbagai arah,"katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, semasa kenderaan polis bertugas itu hendak membelok ke kanan dari Durian Tunggal ke Gangsa, secara tiba-tiba datang motosikal jenis Yamaha 135 LC ditunggang mangsa dari arah bertentangan dan merempuh hadapan 4X4 terbabit.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 2.56 pagi raya itu tular beberapa klip video memaparkan mangsa tercampak setinggi beberapa meter sebelum terjatuh apabila motosikalnya merempuh kenderaan polis.

Mengulas lanjut Zainol berkata, Polis Melaka akan memastikan siasatan dijalankan secara telus dan profesional.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diharap dapat membantu menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5563222 untuk membantu siasatan," tambahnya.

 

SUMBER : Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kurang cermat hingga menyebabkan kemalangan terhadap…
Berita Domestik
Mangsa, Nur Shafiqah Abdullah, 32, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di…