TRD perlihat model konsep GR Supra 3000GT pada acara SEMA

oleh Mohamad Hanif|
Acara tahunan SEMA (Specialty Equipment Market Association) yang mengambil tempat di Las Vegas saban tahun bakal menyaksikan kebanjiran model-model Toyota GR Supra dengan pelbagai jenis konsep modifikasi yang cuba ditawarkan oleh ramai pihak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu daripadanya adalah Toyota Racing Development (TRD) di mana mereka cuba membawakan sebuah model konsep Toyota GR Supra 3000GT yang paling agresif didatangkan untuk generasi kelima Supra. 

Berdasarkan video acah yang diterbitkan, tidak banyak informasi yang boleh diambil selain penampilan hud enjin dengan empat bukaan liang udara, serta spoiler gentian karbon yang besar. 

 


Ini mengingatkan kita kepada model konsep berbadan lebar Supra JZA80 TRD 3000GT yang pernah dipamerkan pada Tokyo Auto Salon 1994, dimana Supra tersebut menerima kit badan yang cukup lebar, lebih 50 mm berbanding Supra A80 standard. 

Selain daripada itu, menurut informasi yang sempat kami korek, TRD membiarkan enjin 2JZ-GTE dalam keadaan standard, namun fokus diberikan kepada naiktaraf suspensi, ekzos, serta kit badan yang menjalani ujian terowing angin yang serius. 

Tidak lama selepas pengenalan Supra TRD 3000GT, TRD mula memperkenalkan pakej kit naik taraf enjin untuk kegunaan jalanan, sehinggalah kepada talaan untuk perlumbaan haram. 

Oleh sebab itu tiada penjualan rasmi model Supra 3000GT, akan tetapi hadir dalam bentuk katalog komponen sahaja pada ketika itu. 
 


Berbalik semula kepada GR Supra TRD 3000GT ini, TRD berkemungkinan besar akan menala kembali nadi enam silinder sebaris B58 3.0 liter itu bagi menghasilkan kuasa yang sepadan dengan rupa luaran yang agresif itu. 

Ini merupakan telahan kami semata-mata memandangkan sebelum ini sebuah pembina enjin menyatakan bahawa blok enjin B58 tersebut mampu bertahan sehingga 1,000 kuasa kuda tanpa sebarang masalah. 

Apapun, tunggu dan lihat sahaja apakah resepi terbaik yang bakal dicurahkan oleh TRD pada GR Supra 3000GT ini.  

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota Camry Hybrid XSE   Lihat sahaja koleksi gambar di dalam artikel, si merah yang bernama …
Berita Global
Jadi, tidak menghairankan apabila banyak produk-produk trak pikap yang tidak terdapat di pasaran…
Berita Global
Untuk pasaran Jepun, Modellista menawarkan dua pakej penggayaan yang digelar sebagai Elegant Ice…