TUDM tamat operasi helikopter Nuri

oleh Mohamad Hanif|
Setelah hampir 60 tahun helikopter Nuri atau nama sebenarnya Sikorsky S-61A-4 berkhidmat untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), akhirnya operasi 12 unit helikopter uzur itu ditamatkan, menurut Panglima TUDM, Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tambah beliau lagi, kos penyelenggaraan yang terlalu mahal selain usia yang sudah terlalu uzur merupakan faktor utama operasi Nuri dihentikan. 

“Jika TUDM ada duit sekalipun untuk membeli peralatan selenggara Nuri, ia memakan masa yang lama iaitu antara sembilan bulan hingga ke 18 bulan untuk memperoleh alat gantian.

TUDM juga kini mempunyai perancangan tersendiri untuk menggantikan helikopter berkenaan, dan masih di dalam peringkat penilaian. 

Setakat ini beberapa jenis helikopter telah dikenalpasti untuk menggantikan Nuri sebagai tambahan kepada aset sedia ada.
 

sumber: Amar Haziq

Pesawat Nuri asalnya daripada keluarga Sea King yang diproduksikan oleh Sikorsky, dan berperanan sebagai sebuah helikopter utiliti dan unit mencari dan menyelamat (SAR) yang digunakan oleh TUDM semenjak tahun 1961. 

Negara turut dipalitkan dengan beberapa sejarah hitam melibatkan helikopter Nuri, termasuklah siri kemalangan di mana Nuri terhempas dan meragut puluhan nyawa anggota TUDM. 

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pengeluar helikopter Eropah itu berhasrat untuk memperkukuhkan penguasaannya dalam…
Berita Domestik
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Sinar Harian…
Informasi
Hantaran tersebut turut berkongsikan tiga keping gambar memaparkan pengurniaan MPV Toyota Vellfire…