UMW Toyota jual 8,486 unit kenderaan sepanjang November 2021, Vios paling laku!

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang bulan November 2021, UMW Toyota telah berjaya menjual sebanyak 8,486 unit kenderaan, terdiri daripada 6,620 kereta penumpang dan selebihnya kenderaan komersial termasuk trak pikap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula Januari sehingga bulan November tahun ini, jumlah jualan keseluruhan kenderaan jenama Toyota dan Lexus mencapai angka 63,105 unit, atau 26 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu (50,074 unit).

Pasaran kereta penumpang menyaksikan Vios kekal sebagai model paling laris dengan penguasaan 33 peratus, sementara Hilux pula kekal trak pikap paling laris di Malaysia sejak 2005.
 

Corolla Hybrid


UMW Toyota juga kini sedang membuat persediaan bagi pelancaran kereta hibrid elektrik pertama yang dipasang dalam negara  - Toyota Corolla Cross Hybrid yang kini dalam peringkat pra-produksi di kilang pemasangan Bukit Raja.

Menurut Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor berkata, "sejak tempahan dibuka, maklum balas yang diterima amat baik dan kami gembira ramai rakyat Malaysia berhasrat untuk beralih ke teknologi Kenderaan Hibrid Elektrik.

Harga jualan Corolla Cross Hybrid baharu dijangka bermula dari RM137,000 (tidak termasuk insurans), lengkap dengan jaminan kilang selama lima tahun tanpa had perjalanan, serta jaminan lapan tahun/tanpa had perjalanan untuk bateri, unit converter dan juga unit kawalan pengurusan kuasa.

Baca: Tempahan Corolla Cross Hybrid dibuka, harga dari RM137,000

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…