Unit pertama Kia Carnival CKD meluncur keluar dari kilang Kulim

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi kerjasama antara Kia Corporation dan Bermaz Auto Berhad (BAuto), pihak Kia Malaysia telah berjaya menyempurnakan pemasangan unit pertama Kia Carnival versi pemasangan tempatan (CKD) bertempat di kilang Inokom, Kulim, Kedah.

Kia Carnival versi CKD bakal dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat, di mana ia boleh didapati dalam konfigurasi tujuh atau lapan tempat duduk.

Ia masih lagi mengekalkan penggunaan enjin diesel turbo 2.2 liter yang mampu menjana kuasa maksimum 199 hp dan 440 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

Untuk versi pemasangan tempatan ini, Kia Malaysia mendatangkan beberapa ciri menarik dan premium, termasuklah tempat duduk hadapan dan belakang dengan ciri ventilasi dan pemanas, tempat duduk baris kedua Premium Relaxation yang boleh dibaringkan sepenuhnya, sistem bunyi Bose dengan 12 pembesar suara, sistem pencahayaan ambien serta skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci.

Ciri keselamatan yang dimuatkan termasulah kelengkapan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang merangkumi amaran pelanggaran hadapan (FCA), kawalan jelajah pintar (SCC), bantuan mengikut lorong (LFA), bantuan pengekalan lorong (LKA), bantuan pengelakan pelanggaran titik buta (BCA), bantuan suluhan tinggi (HBA) dan amaran keluar selamat (SEA).
 

carnival


"Pelancaran Kia Carnival dalam bentuk CKD merupakan satu pencapaian penting dalam kebangkitan kembali jenama ini di Malaysia.

"Kami amat berbesar hati mengalu-alukan model Kia pertama yang dipasang di Inokom untuk pasaran Malaysia dan ASEAN.

"Kia Carnival menandakan satu permulaan baharu buat jenama Kia dan memperlihatkan kesemua ciri produk kami dengan rekaan yang unggul, teknologi pintar dan pengalaman pemanduan yang mengkagumkan," ujar Presiden dan CEO Kia Asia Pasifik, Ted Lee.

Sementara itu, Pengarah Urusan Dinamikjaya Motors Sdn Bhd berkata, "Sambutan pengguna terhadap unit Kia Carnival CBU versi 11 tempat duduk yang dilancarkan Januari lalu amat menggalakkan, dan kami yakin pelanggan akan turut teruja dengan Kia Carnival versi CKD.

"Kami percaya varian CKD ini mampu memenuhi keperluan dan jangkaan yang berbeza di dalam pasaran untuk sebuah kenderaan pelbagai guna yang moden dan mewah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sekali imbas, rekaan Zeekr 009 ini mengingatkan kita kepada model Kia Carnival baharu, namun dengan…
Pelancaran
Tempahan bagi model tersebut turut dibuka secara rasmi. Kia Carnival 2022 CKD merupakan model…
Berita Domestik
Namun untuk sesetengah keluarga, 11 tempat duduk itu mungkin satu 'pembaziran' yang nyata walaupun…