Unit produksi pertama Tesla Cybertruck berjaya dihasilkan

oleh Mohamad Hanif|
Setelah bertahun-tahun berdepan masalah kelewatan, unit produksi pertama Tesla Cybertruck akhirnya secara rasmi meluncur keluar dari barisan pengeluaran di kilang Texas Gigafactory.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Tesla menerusi laman blog mikro Twitter, di mana para pekerja kilang tersebut berkumpul dan bergambar di sekeliling trak elektrik bersegi itu.

 


Ada di antara mereka yang turut menunjukkan simbol tangan yang melambangkan garis bumbung bersegi Tesla Cybertruck.
 

Tesla


Menurut laporan, Tesla akan memperlihatkan unit produksi sebenar Cybertruck menjelang akhir suku ketiga 2023, berkemungkinan besar pada bulan September.
 

Tesla


Spesifikasi trak elektrik tersebut masih belum diketahui, namun yang pasti ia bakal memberikan saingan sengit kepada segmen trak pikap saiz penuh berkuasa elektrik seperti Rivian R1T, Ford F-150 Lightning, Chevrolet Silverado EV, RAM 1500 REV, GMC Sierra EV dan Hummer EV.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…
Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…