Unit terakhir MINI Clubman selesai dipasang, tiada lagi wagon MINI selepas ini

oleh Mohamad Hanif|
MINI mengakhiri pengeluaran model wagon Clubman baru-baru ini di mana unit terakhir Clubman Final Edition sudah pun siap meluncur keluar dari kilang pemasangan di Oxford, United Kingdom.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tahun-tahun mendatang, MINI tiada sebarang perancangan untuk menawarkan pengganti kepada model Clubman.

Berdasarkan laporan terdahulu, permintaan yang tidak cukup kuat menjadi satu alasan yang cukup kukuh untuk MINI menamatkan penawaran model tersebut.
 

MINI


Malah ketua jenama MINI, Stefanie Wurst menambah, pada tahun lepas syarikat itu telah menjual model Countryman dua kali ganda lebih banyak berbanding model Clubman.

Peminat dan pelanggan MINI yang mahukan sebuah kenderaan dengan praktikaliti yang hampir serupa perlu mendapatkan model Countryman serta model MINI Aceman lebih kecil yang bakal dilancarkan kelak.
 

MINI


MINI menamatkan penawaran model Clubman menerusi pelancaran Clubman Final Edition di mana hanya 1,969 unit sahaja dihasilkan untuk satu dunia.

Ia dikuasakan oleh nadi empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 192 hp dan 280 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j sepantas 7.2 saat dan kelajuan tertinggi 226 km/j.

Daripada 1,969 unit yang dihasilkan, hanya 20 unit sahaja diperuntukkan untuk pasaran Malaysia.

Baca: MINI Clubman Final Edition (Malaysia)

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada Top Gear, ketua jenama MINI Stefanie Wurst mengesahkan model wagon Clubman akan…
Pelancaran
  Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Kedua-dua varian MINI John Cooper…
Model Terbaharu
  Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata,“MINI Clubman terbaharu bakal…